December 26, 2017

Aktiviti-aktiviti 2017

Ikrar Bebas Rasuah

Kelantan ICT Gateway Sdn Bhd (KIGSB) telah mengadakan Majlis Lafaz dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) peringkat syarikat sebagaimana maklumat berikut:-

 

Tarikh    :        24 Rabiul Awal 1439H bersamaan 13 Disember 2017 (Rabu)

Tempat :        Pejabat KIGSB, Tingkat 5 Bangunan PKINK, Kota Bharu

Masa     :        12:00 Tengahari

 

Pada majlis ini, Dato’ Dr. Wan Zawawi bin Wan Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK turut hadir bagi menyampaikan amanat kepada anggota KIGSB serta menyaksikan majlis lafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah oleh anggota KIGSB.

————————————————————————————————————————

Karnival Sains & Teknologi 1.0

Kelantan ICT Gateway Sdn Bhd (KIGSB) telah diamanahkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan untuk menganjurkan Karnival Sains dan Teknologi 1.0 yang merupakan aktiviti kemuncak Program Pembangunan Sains dan Teknologi (PPST) Negeri Kelantan bagi tahun 2017 sebagaimana maklumat berikut:

 

 

       Tarikh      :    13- 14 Rabiul Awal  1439H bersamaan 2-3hb. Disember 2017 (Sabtu-Ahad)

       Tempat    :    Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kelantan, Kota Bharu

       Masa        :    9:00 pagi – 9:00 malam

 

Pelbagai aktiviti menarik diadakan sempena Karnival tersebut.

 

 

————————————————————————————————————————

Pertandingan Inovasi (Komuniti)

Pertandingan inovasi ini merupakan salah satu aktiviti di bawah Program Pembangunan Sains dan Teknologi (PPST) bagi tahun 2017 anjuran bersama Kerajaan Negeri Kelantan menerusi Kelantan ICT Gateway Sdn Bhd dengan Politeknik Kota Bharu yang telah diadakan sebagaiman maklumat berikut:

 

Tarikh      :    9-10 Oktober 2017

Tempat    :    Dewan Jubli Perak, Politeknik Kota Bharu.

 

Senarai penerima hadiah bagi Pertandingan Inovasi (Komuniti) 2017

Tempat Pertama : ILP P.Chepa
SMART SLIDING HAMMER

Smart Sliding Hammer (SSH) adalah merupakan alatan tangan yang bertujuan untuk membantu para mekanik melakukan kerja-kerja menanggalkan Wheel Hub Bearing dan Drive Shaft C.V.Joint kenderaan supaya lebih mudah dan cepat daripada yang biasa dilakukan oleh mekanik. Sepertimana kebiasaanya, kerja-kerja ini memerlukan tenaga dan kesabaran yang tinggi untuk menanggalkan Wheel Hub Bearing dan C.V.Joint(Drive Shaft). Dengan menggunakan Smart Sliding Hammer ini dapat menjimatkan masa, selamat dan mudah digunakan daripada menggunakan kaedah lama.

Tempat Kedua : SMK Rantau Panjang
X-CICAK

Tempat ketiga : SMK Tengku Indra Petra GM
THERMOPLASTIC MAT

  1. Nama produk :  ‘Thermoplastic Mat’
  2. Nama sekolah  : SMK Tengku Indra Petra 2, Gua Musang , Kelantan
  3. Sinopsis Produk :

            Projek rekacipta dan inovasi yang menggunakan tikar mengkuang sebagai sampel  telah mencetuskan idea untuk penghasilan tikar  daripada beg plastik iaitu ‘THERMOPLASTIC MAT’ yang dijamin dapat mengurangkan limpahan plastik yang menjadi punca utama kepada pencemaran.

Proses penghasilan tikar plastik lebih mudah dilakukan berbanding tikar mengkuang kerana tidak melibatkan peringkat seperti pengeringan dan pewarnaan. Kelebihan tikar plastik jika dibandingkan dengan tikar mengkuang adalah lebih kuat, lasak, menarik dan kalis air.

Berdasarkan konsep 3R ( reuse, reduce & recycle ) , ia boleh digunakan sebagai alas tempat tidur, alas tempat duduk dalam kereta , beg botol air dan juga pakaian.

 

Saguhati

DAPUR BIOMASS

DESK CHAIR 5 IN 1

EASY COOL CONDENSER

EASY POWER CLAMP

SMART PORTABLE SINK

SMART PUMP

SMART WASHING MACHINE

USB FOAM CUTTER

PENGAYAK

————————————————————————————————————————

Bengkel Pembangunan Aplikasi Mudah Alih

Bengkel pembangunan aplikasi mudah alih yang merupakan salah satu aktiviti di bawah Program Pembangunan Sains & Teknologi (PPST) Negeri Kelantan bagi tahun 2017 telah diadakan sebagaimana maklumat berikut :-

 

Tarikh             :  25 – 26 Disember 2017

Masa                :  8:30 – 4:30 petang

Bil. Peserta   :  34 Orang

Tempat           :  Bilik Komputer ICT Incubator Centre Sdn Bhd, Kota Bharu, Kelantan

 

       

 

        

————————————————————————————————————————

Pertandingan Kuiz ICT Peringkat Sekolah Menengah Negeri Kelantan

Pertandingan Kuiz ICT  antara sekolah-sekolah menengah di negeri Kelantan di bawah Program Pembangunan Sains dan Teknologi (PPST) bagi tahun 2017 telah dibahagikan kepada 3 peringkat sebagaimana berikut:

1. Peringkat Akhir

                         Tarikh   :      27 Safar 1439H bersamaan 16hb. November 2017.

                         Masa      :      9:00 pagi

                         Tempat :     Dewan Teratai, Kompleks Kota Darulnaim,

                                                Kota Bharu, Kelantan.

PEMENANG
1.     Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Mahmud Paduka Raja, Tanah Merah
2.    Mahaad Syamsul Maarif, Pulai Chondong, Machang
1.    Mahaad Tahfiz Sains Tanah Merah
2.    Sekolah Menengah Sains Jeli

   

   
 
   

 

2. Peringkat Saringan (Jabatan Pedidikan Negeri Kelantan-JPN)

              Tarikh   :      10 Safar 1439H bersamaan 30 Oktober 2017

              Masa     :      9:00 Pagi

              Tempat :      Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Kerian           

                                      Kota Bharu, Kelantan.

PEMENANG
1.    Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Mahmud Paduka Raja, Tanah Merah

2.    Sekolah Menengah Sains Jeli

  

  

 

3.  Peringkat Saringan (Yayasan Islam Kelantan-YIK)

                   Tarikh   :      17 Safar 1439H bersamaan 6 November 2017

                   Masa      :      9:00 Pagi

                   Tempat :      Dewan Besar YIK, Nilam Puri,       

                                           Kota Bharu, Kelantan.

 

PEMENANG
1.    Mahaad Syamsul Maarif, Pulai Chondong, Machang

2.    Mahaad Tahfiz Sains Tanah Merah
      

————————————————————————————————————————

Kursus Microsoft Word & Excel (Intermediate Level)-Ladang Sungai Terah

Kursus ini telah dibuat untuk anggota Kumpulan Perladangan PKINK Berhad sebagaimana maklumat berikut :-

Tarikh       :    21 – 28 Ogos 2017 (tidak termasuk cuti pada hari Jumaat dan Sabtu)

Masa         :    8:30 – 5:00 petang

Peserta     :    76 Orang (Dibahagi kepada 3 sesi)

Tempat     :    Makmal Komputer, Syarikat Ladang Sungai Terah Sdn Bhd,

                          Ladang Sungai Terah, Gua Musang, Kelantan.

 

Sesi 1(21-22 Ogos 2017)

Sesi 2(23-24 Ogos 2017)

Sesi 3(27-28 Ogos 2017)


Majlis Sambutan Hari Raya Kumpulan PKINK

Pada 11 Syawal 1438H/5 Julai 2017 bertempat di Perdana Resort Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu

———————————————————————————————

MOU Di antara KIGSB & Celcom

Memorandum Persefahaman (MoU) Kelantan ICT Gateway Sdn Bhd (KIGSB) bersama Celcom

KIGSB telah mengadakan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama pihak Celcom Axiata Berhad (CELCOM) bagi mengukuh, menggalak dan membangunkan kerjasama di antara kedua-dua pihak di dalam bidang akademik dan keusahawanan terutamanya dalam sektor industri telekomunikasi sebagaimana maklumat berikut:-

       Tarikh      :     12 Syaaban 1438 bersamaan 9 Mei 2017 (Selasa)

       Tempat    :      Bilik Mesyuarat Tingkat 3, Pejabat Pengurusan UTC Kelantan, Kota Bharu

       Masa         :     10:00 pagi

————————————————————————————————————————

Program Celik IT Rakyat Kelantan 2017

Pada tahun ini kursus yang ditawarkan mempunyai 3 pilihan iaitu sebagaimana berikut:

BIL. JENIS KURSUS
1. MS Office – Ms Word, Ms Excel & Ms Powerpoint
2. Adobe Photoshop – Asas
3. Penggunaan Internet Secara Berhemah

 

Kursus ini telah diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia seluruh Kelantan yang berdekatan dengan lokaliti peserta.

 

PI1M Beris Kuala Besar, Bachok 28/2/2017 – 1/3/2017

PI1M  Bandar Gua Musang 16/04/2017 – 17/04/2017

PI1M Jelawat, Bachok 07/05/2017 – 08/05/2017

PI1M Bandar Jeli 02/04/2017 – 04/04/2017

PI1M Kg Belukar, Tumpat 16/04/2017 – 17/04/2017

PI1M Kg Terbok, Tumpat 12/05/2017 – 14/05/2017

PI1M Kuala Paku, Tanah Merah 23/05/2017 – 24/05/2017

PI1M Padang Tembak, Pengkalan Chepa 14/02/2017 – 15/02/2017 &

20/02/2017 – 21/02/2017 & 05/03/2017 – 07/03/2017 & 10/04/2017 – 11/04/2017

PI1M Selising, Pasir Puteh 19/03/2017 – 20/03/2017

PI1M Tendong, Pasir Mas 05/03/2017 – 09/03/2017