Program Membaiki Telefon

Pengisian Program: Latihan Asas Membaiki Telefon Bimbit

a) Latihan Asas Membaiki Telefon Bimbit adalah bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan, dalam bidang membaiki telefon bimbit. Latihan ini juga turut membimbing para peserta yang tidak mempunyai pengalaman langsung dalam bidang membaiki telefon bimbit, bermula daripada kosong hingga ke tahap berkemahiran tinggi, sejajar dengan industri telekomunikasi yang pesat membangun pada abad ini.

b) Latihan ini menyediakan modul latihan membaiki telefon bimbit model Samsung dan Lenovo. Kemahiran yang diperolehi daripada latihan ini boleh diaplikasikan untuk kegunaan sendiri, menambahkan sumber pendapatan kepada peserta, dan melahirkan usahawan di dalam bidang telekomunikasi.

c) Objektif latihan ini adalah seperti berikut :-

  • Memberi bimbingan secara praktikal kepada peserta agar dapat menguasai kemahiran membaiki telefon bimbit sepenuhnya.
  • Mahir dalam membaikpulih pelbagai kerosakan telefon bimbit dan dapat mengenalpasti kerosakan dengan kadar segera.
  • Membantu menjana ekonomi dan pendapatan individu menggunakan kemahiran yang diperolehi melalui latihan ini.
  • Melahirkan usahawan di dalam bidang telekomunikasi, khususnya membaiki telefon bimbit yang semakin berkembang buat masa ini.
  • Membuka satu peluang baru bagi mereka yang ingin menceburi diri dalam bidang perniagaan, dengan menggunakan modal yang rendah.