October 11, 2015

Program Celik IT Rakyat Kelantan

Program Celik IT Rakyat Kelantan adalah merupakan program yang ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Kelantan dengan tujuan untuk memberi pendedahan penggunaan aplikasi komputer kepada 10 orang peserta yang terpilih daripada setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kelantan yang telah dimulakan pada tahun 2015.

Sehubungan itu, Kerajaan Negeri telah mengamanahkan Kelantan ICT Gateway Sdn Bhd yang merupakan Agensi Sehenti (One Stop Agency) / Agensi Pelaksana kepada pembangunan industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) Negeri Kelantan bagi melaksanakan program tersebut.

  • Objektif Program:
  1. Menarik minat dan menanam rasa seronok untuk belajar menggunakan komputer bagi melaksanakan tugas seharian.
  2. Memberi pendedahan dengan ilmu teknologi maklumat agar mereka menjadi generasi yang celik komputer.
  3. Melatih dan membimbing peserta kursus cara menggunakan komputer bagi memudahkan kerja yang akan dilakukan.
  4. Memberi peluang kepada peserta kursus untuk menambahkan pengetahuan dan meningkatkan kemahiran dalam penggunaan komputer.
  5. Mempertingkatkan kecekapan pengurusan maklumat setiap DUN.