April 25, 2018

Profil Syarikat

PENGENALAN

KIGSB telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bawah Akta Syarikat 1965 pada 25 Julai 2011, dengan ekuiti syarikat dimiliki sepenuhnya (100%) oleh Kerajaan Negeri Kelantan menerusi Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK). KIGSB mula beroperasi sepenuhnya pada 1 Muharram 1437H, bersamaan 14 Oktober 2015.

Syarikat Kelantan ICT Gateway Sdn Bhd telah dilantik oleh Kerajaan Negeri Kelantan sebagai Agensi Sehenti (OSA) dan Rakan Strategik Kerajaan Negeri bagi pembangunan industri Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang berperanan dan bertanggungjawab dalam merancang, menyelaras dan memantau semua program, projek dan inisiatif pembangunan ICT dan digital Negeri Kelantan.

Antara objektif utama penubuhan syarikat ini adalah:-

  • Sebagai Agensi Sehenti (OSA) dan Rakan Strategik Kerajaan Negeri Dalam Pembangunan ICT Negeri Kelantan
  • Melaksanakan Pelan Halatuju ICT Negeri di bawah Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat (BPTM), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan
  • Memanjangkan isu-isu berkaitan ICT kepada kerajaan negeri atau agensi kerajaan pusat yang berkaitan
  • Memberi khidmat rundingan kepada jabatan/agensi Kerajaan Negeri Kelantan berkaitan dengan perancangan dan pelaksanaan projek ICT
  • Mempromosi dan menarik pelaburan berkaitan ICT Ke Negeri Kelantan
  • Mempromosi produk dan perkhidmatan berkaitan ICT Ke Negeri Kelantan

Antara aktiviti-aktiviti teras syarikat ialah:-

1.1 Perancangan, pembangunan dan pemantauan industri ICT Negeri Kelantan

  • Melaksanakan aktiviti pengauditan integriti keselamatan menara dan struktur sistem pemancar telekomunikasi dan struktur menara berkaitan di seluruh Negeri Kelantan
  • Pembangunan Smart City melalui penyediaan ekosistem digital yang kondusif
  • Mewujudkan Mini Silicon Valley yang merangkumi Cyber City & Digital Entrepreneur Township, Kelantan Technology Park – Pusat Sains & Teknologi Kelantan dan Hub Inovasi
  • Memantau kadar penembusan internet, penyediaan kemudahan infrastruktur Jalur Besar Dan kemudahan rangkaian telekomunikasi di Kelantan

1.2 Penyediaan Khidmat Perundingan & Latihan ICT Kepada Agensi Kerajaan Dan Swasta

  • Latihan dan kelas komputer program celik IT untuk parlimen di seluruh Kelantan
  • Seminar Dan Latihan Keusahawanan Digital / E-Commerce bagi belia yang berminat dalam bidang perniagaan terutama perniagaan atas talian

1.3 Produk Dan Perkhidmatan ICT

  • Sistem Aplikasi Pembayaran Elektronik (E-Payment) iaitu KelantanPay
  • Platform e-dagang KALAShop untuk usahawan bumiputra Kelantan memasar dan menjual produk secara atas talian
  • Digital Advertising, pembangunan Multimedia dan rekabentuk grafik
  • Business matching di antara usahawan ICT Kelantan dan pihak luar
  • Melaksankan insiatif untuk mempatenkan produk yang dihasilkan oleh rakyat Kelantan yang dikenal pasti melalui pertandingan inovasi atau pendekatan lain

1.4     Mempromosi Dan Menarik Pelaburan Berkaitan ICT Ke Negeri Kelantan

  • Menjalinkan Kerjasama dengan pelbagai pihak bagi tujuan menarik minat pelabur untuk melabur dan menjalankan operasi ICT
  • Melaksana program galakan pelaburan berkaitan ICT seperti mendapatkan MSC Status, Hub Inovasi, Co-Working Space dan lain-lain
  • Mengadakan kerjasama dengan pelbagai pihak bagi tujuan meningkatkan kemudahan infrastruktur berkaitan ICT

Selain menjalankan peranan sebagai Agensi Sehenti (OSA) dan Rakan Strategik Pembangunan ICT Negeri, KIGSB juga turut menyediakan perkhidmatan berkaitan ICT kepada pelbagai syarikat dan agensi, sebagaimana di bawah :

  • Konsultan Pengurusan Projek “Kelantan Digital Initiative”
  • Konsultan Pengurusan Projek pembinaan “Multipurpose Billboard”
  • Perbekalan Antivirus Berlesen
  • Pembangunan dan Penyelenggaraan Laman Web dan Sistem
  • Penyelenggaraan Komputer dan Server
  • Perbekalan Perkakasan dan Perisian Berlesen
  • Rekabentuk Pengiklanan dan Multimedia
  • Pengurusan Sewaan Papan Iklan
  • Pengurusan acara (Karnival, Ekspo, Seminar dan lain-lain)
  • Perkhidmatan sokongan kepada Smart City/Building/Home

Kami percaya penggunaan  aplikasi ICT yang berkesan  merupakan antara faktor yang paling  penting untuk  memacu  ekonomi dan pembangunan pada masa depan dengan menyediakan penyelesaian bersepadu yang secara langsung akan memberi manfaat kepada rakyat dan negara.

PROFIL KORPORAT

Nama Syarikat        :        Kelantan ICT Gateway Sdn Bhd

No.Pendaftaran       :        201101026014 (954150-P)

Tarikh Ditubuhkan   :        25 Julai 2011

Pejabat Berdaftar    :        Tingkat 4, Bangunan PKINK, Jalan Tengku Maharani, 15000 Kota Bharu, Kelantan.

Pejabat Korporat    :        L3.07, Pusat Transformasi Bandar (UTC), Lot 378 Seksyen 16, Jalan Hamzah, 15050 Kota Bharu, Kelantan.

No.Telefon             :        09- 741 4370

No.Faks                  :        09- 741 4372

Email                     :        info@kigsb.com.my

Website                  :        www.kigsb.com.my

Pemegang Saham    :        Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) – 100 %

Setiausaha Syarikat :        UB Consult Sdn Bhd, Tingkat 4, Bangunan PKINK, Jalan Tengku Maharani, 15000 Kota Bharu,Kelantan.

Juruaudit Syarikat   :        Wan Nadzir & Co. , Lot 1001-E, Tingkat 1, Seksyen 48, Jalan Bayam, 15200 Kota Bharu, Kelantan.