October 22, 2017

Pertandingan Inovasi (Komuniti)

Pertandingan inovasi ini merupakan salah satu aktiviti di bawah Program Pembangunan Sains dan Teknologi (PPST) bagi tahun 2017 anjuran bersama Kerajaan Negeri Kelantan menerusi Kelantan ICT Gateway Sdn Bhd dengan Politeknik Kota Bharu yang telah diadakan sebagaiman maklumat berikut:

 

Tarikh      :    9-10 Oktober 2017

Tempat    :    Dewan Jubli Perak, Politeknik Kota Bharu.

 

Senarai penerima hadiah bagi Pertandingan Inovasi (Komuniti) 2017

Tempat Pertama : ILP P.Chepa
SMART SLIDING HAMMER

Smart Sliding Hammer (SSH) adalah merupakan alatan tangan yang bertujuan untuk membantu para mekanik melakukan kerja-kerja menanggalkan Wheel Hub Bearing dan Drive Shaft C.V.Joint kenderaan supaya lebih mudah dan cepat daripada yang biasa dilakukan oleh mekanik. Sepertimana kebiasaanya, kerja-kerja ini memerlukan tenaga dan kesabaran yang tinggi untuk menanggalkan Wheel Hub Bearing dan C.V.Joint(Drive Shaft). Dengan menggunakan Smart Sliding Hammer ini dapat menjimatkan masa, selamat dan mudah digunakan daripada menggunakan kaedah lama.

Tempat Kedua : SMK Rantau Panjang
X-CICAK

Tempat ketiga : SMK Tengku Indra Petra GM
THERMOPLASTIC MAT

  1. Nama produk :  ‘Thermoplastic Mat’
  2. Nama sekolah  : SMK Tengku Indra Petra 2, Gua Musang , Kelantan
  3. Sinopsis Produk :

            Projek rekacipta dan inovasi yang menggunakan tikar mengkuang sebagai sampel  telah mencetuskan idea untuk penghasilan tikar  daripada beg plastik iaitu ‘THERMOPLASTIC MAT’ yang dijamin dapat mengurangkan limpahan plastik yang menjadi punca utama kepada pencemaran.

Proses penghasilan tikar plastik lebih mudah dilakukan berbanding tikar mengkuang kerana tidak melibatkan peringkat seperti pengeringan dan pewarnaan. Kelebihan tikar plastik jika dibandingkan dengan tikar mengkuang adalah lebih kuat, lasak, menarik dan kalis air.

Berdasarkan konsep 3R ( reuse, reduce & recycle ) , ia boleh digunakan sebagai alas tempat tidur, alas tempat duduk dalam kereta , beg botol air dan juga pakaian.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Saguhati

DAPUR BIOMASS

DESK CHAIR 5 IN 1

EASY COOL CONDENSER

EASY POWER CLAMP

SMART PORTABLE SINK

SMART PUMP

SMART WASHING MACHINE

USB FOAM CUTTER

PENGAYAK